Hebahan semasa...

1 Mac: Pertandingan Pidato Pra U Peringkat Daerah Port Dickson di SMK Datuk Mohd. Yusof, Linggi.
Peserta pidato: Sdr. Amirul Anuar Azmi (JOHAN) dan Sdri Elizabeth a/k Philip (Keempat)---TAHNIAH!

5-9 Mac: Ujian Bulan Mac.---GOOD LUCK!

Friday, 30 September 2011

Sketsa Kemerdekaan

Salam.
Pada 14 September lalu, pelajar2 tingkatan 6 rendah SMKBS telah membuat persembahan sketsa sempena sambutan Hari Malaysia peringkat sekolah.
Jepun serang TM
atok bercerita ttg Jepun di Tanah Melayu
Rundingan kemerdekaan
Closing
Tahniah dan Terima Kasih kepada semua yang mengambil bahagian...
:)


Tuesday, 27 September 2011

Soalan Trial STPM Sejarah Negeri Sembilan 2011

Soalan Percubaan STPM Sejarah Kertas 1 Negeri Sembilan 2011

Sunday, 14 August 2011

Kitar Semula

Baru-baru ini Kelab PraMasis telah mengadakan Kempen Kitar Semua untuk semua warga sekolah SMK Bukit Saujana. Kempen ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para guru dan pelajar. Kempen ini masih dijalankan sehingga akhir bulan ini dan pelajar serta guru dialu-alukan untuk memberikan sebarang sumbangan dalam kempen ini.

Friday, 5 August 2011

Kembara UUM Sintok

Rombongan PRA-U ke UUM
Baru-baru ini Persatuan Tingkatan 6 (PRAMasis) sekolah ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 21 Julai hingga 23 Julai 2011. Seramai 34 orang pelajar PRAU1 (6 Rendah) dan PRAU2 (6 Atas) telah menyertai rombongan ini dengan diiringi oleh 4 orang guru termasuklah GPK sendiri.

Wednesday, 27 July 2011

Program Simulasi BPG

Program ini dianjurkan oleh BPG, KPM dengan kerjasama JPNS. Seramai 10 orang pelajar pra U atas SMKBS telah terlibat dalam program ini. Dijalankan pada 15 Jun 2011 bertempat di Tiara Beach Resort Port Dickson. Selain membantu, para pelajar juga telah didedahkan dengan pengalaman ditemuduga untuk menjadi pendidik.

Berikut adalah gambar-gambar yang diambil sepanjang program itu berlangsung.
Pengalaman berharga
Beraksi...spontan...
Yakin dan menghiburkan
Terpilih...Syabas semuanya...
Berbaloi penyertaan kalian semua...
Proud of you!

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Saujana (SMKBS) ditubuhkan pada 1 Februari 1972 dan dikenali sebagai Sekolah Inggeris yang dipimpin oleh pengetuanya En. R.Visvanathan. Pada tahun 1975, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru di mukim Si Rusa, di bawah pentadbiran pengetua barunya En. Atma Singh dan dikenali sebagai Sekolah Menengah Rendah Si Rusa. Pada tahun 1991, nama sekolah ini diubah kepada Sekolah Menengah Si Rusa.

            Pada awal tahun 1997, sempena sambutan Jubli Perak, sekolah ini sekali lagi bertukar nama kepada SMKBS kerana letaknya betul-betul di atas bukit yang berhadapan dengan laut dan saujana mata memandang. Di bawah pimpinan pengetua baru Puan Latifah Mohd. Rashid, SMKB telah dipilih sebagai Sekolah Harapan Negara (Kategori Luar Bandar) peringkat negeri dan menjadi antara 10 sekolah terbaik peringkat kebangsaan pada tahun 1997. Pada tahun 2006, SMKBS dinobatkan sebagai naib johan Anugerah Kualiti Menteri Pelajaran peringkat kebangsaan. Ketika itu, SMKBS ditadbir oleh Puan Hjh. Jahara bt. Said.

            Kini, SMKBS telah mempunyai seramai 1014 orang pelajar, 75 orang guru dan 16 orang kakitangan sokongan di bawah pimpinan Pn. Hjh. Johara bt. Dato’ Hj. Nawawi. Sepanjang tempoh ini, SMKBS telah mencapai banyak kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Prakata

Selamat Datang ke Blog rasmi Pra Universiti SMK Bukit Saujana Port Dickson