Hebahan semasa...

1 Mac: Pertandingan Pidato Pra U Peringkat Daerah Port Dickson di SMK Datuk Mohd. Yusof, Linggi.
Peserta pidato: Sdr. Amirul Anuar Azmi (JOHAN) dan Sdri Elizabeth a/k Philip (Keempat)---TAHNIAH!

5-9 Mac: Ujian Bulan Mac.---GOOD LUCK!

Sunday, 14 August 2011

Kitar Semula

Baru-baru ini Kelab PraMasis telah mengadakan Kempen Kitar Semua untuk semua warga sekolah SMK Bukit Saujana. Kempen ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para guru dan pelajar. Kempen ini masih dijalankan sehingga akhir bulan ini dan pelajar serta guru dialu-alukan untuk memberikan sebarang sumbangan dalam kempen ini.

Friday, 5 August 2011

Kembara UUM Sintok

Rombongan PRA-U ke UUM
Baru-baru ini Persatuan Tingkatan 6 (PRAMasis) sekolah ini telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok. Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam bermula pada 21 Julai hingga 23 Julai 2011. Seramai 34 orang pelajar PRAU1 (6 Rendah) dan PRAU2 (6 Atas) telah menyertai rombongan ini dengan diiringi oleh 4 orang guru termasuklah GPK sendiri.